Friday, June 24, 2011

Selamat Tinggal Johor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat sejahtera.

13 May 2011 11 pagi, tamat final examination for final year and final semester. 3 tahun ijazah, sekelip mata saja habis. Perasaan? Sebak. Terharu. Sebab mampu habiskan segala apa yang dah dimulakan. Ahh ayat kau Hazirah, poyo sangat kan?

13 May 2011, pada malam hari tu pusing Bandaraya Johor. On the way pulang Skudai, hati rasa sebak tahu! Sebab sayang nak tinggalkan Johor. Makanan kat Johor sangat best! Kau takkan dapat kat mana-mana dah. Ini adalah perkara paling aku sedih. Haa pasal makanan pun kau nak sedih kan Hazirah? Dasar kuat makan. Tsk. Makan malam beramai-ramai dengan kawan tersayang. Happy tetap happy tapi sebenarnya sebak tak terkata. Touching bebenau kau ni Hazirah -_-'

13 May 2011, selepas makan, kemas barang, angkut barang masuk Kacaq. Bilik 95% dah kosong. Kacaq dah 95% penuh. Kawan-kawan lepak bilik. Tolong angkat barang. Konon nak meriahkan keadaan lah tu. Ahh bikin aku sedih tahu takkk.

14 May 2011, 7 pagi, siap sedia nak gerak balik kampung! Kejutkan semua kawan-kawan bangun. Salam-salam, peluk-cium pipi kanan-pipi kiri-pipi kanan semula. Hukk sedih sedih! Perpisahan siapa yang suka kan? Berapa kali lambai-lambai pun tak tahu lah. Lambai-lambai tekan minyak tengok melalui cermin pandang belakang kawan-kawan lambai terus air mata meleleh. Derrrr tak rock lah kau Hazirah!

Dengan sekelip mata je dah sampai Aloq Staq! Bye Johor. Masa convocation nanti aku jumpa kau balik ye. Nak makan semua apa yang ada kat sana. Lepas dendam kempunan -_-'






*Miss u all :')


No comments: