Thursday, June 30, 2011

Hihi, SAYA DAPAT BUNGA HOI!

29 June 2011, Wednesday

Kring! Kring! Kring! (ringtone aku comey sikit la lagu Korea, <--- tu simbolik bunyi orang call jah!)

Hello, Assalamualaikum, Cik Sharifah Nur Hazirah ke yang bercakap tu?
Waalaikumsalam, ye saya. Kenapa ya?
Cik Sharifah ada dekat office tak petang ni? Saya dari  kedai bunga ni, ada orang bagi bunga lah dekat Cik Sharifah.
Haaa? Bunga? Siapa pulak yang bagi ni?
Rahsia lah Cik Sharifah. Cik Sharifah ada dekat office tak? Dalam pukul 4 saya datang hantar depan office Cik Sharifah. Kedai saya dekat sini je.
Haa ye ada je. Sampai nanti call laa dulu. Tapi siapa yang bagi ni? Bagitahu lah nama.
Nanti Cik Sharifah tahu lah ye. Assalamualaikum.

Gulp! Siapa pulak ni. Takkan Izhar sebab dia ada dekat Kuantan, Pahang. Aku dekat Port Klang ni. Sudah! Ghapla Jingga otak pikiaq siapaaaa laa nak bagi tak pasai-pasai ni. Makan pun tak jadi tak kenyang dah. Gelabah kalut punya pasai. Tengah pikir kalau orang lain hantar, Izhar mesti merajok gila-gilaaaa punya! Silap-silap suruh aku berhenti kerja. Errrrr!

So, jalan terbaik adalah sms Izhar. Tanya dia ada nak bagi apa-apa ka. Tapi dia tak tahu apa-apa! Alamak alamak! Siap call pastu dia marahmarah. Alamak! Alamak! Nyesal pulak bagitau ada orang bagi bunga! Huuuu. Dari happy jadi tak happy sebab buat orang marah. Huii.

Tak sampai 2 saat lepas tu kan, HEHEHEHE orang tu mengakuuuuu! ;)


Punya lah stress sampai 2 sms cakap hampas aku dapat. HAHAHA. See, surprise yang dah tak berapa nak surprise dahh. Senyum tak berhenti wa cakap sama lu. Jangan lah siapa-siapa perasan muka aku asyik senyum je semalam. Kekekeke.

Punya la lambat masa berjalan nak tunggu pukul 4 tu. Sekejap-sekejap tengok hp takot delivery boy tu call. Pastu pastu, tepat pukul 4 delivery boy tu sampai! Nasib baik dia tak naik sampai atas office ni. Kalau tidak mau aku benam muka dalam lantai (eh!)

Hihi, SAYA DAPAT BUNGA HOI! First time ever! Lagi happy sebab dapat from orang yang tersayang. Pheww jantung pam darah laju gila. Nasib baik tak pengsan je.

Jeng jeng jenggg. Ni dekat bawah ni 12 red roses + 1 bear couple + heart pillow + a card with a sweet note!

12 red roses + 1 bear couple + heart pillow + a card with a sweet note!

"Haritu awak cakap nak bunga penuh 1 bonet kereta macam Seth Tan bagi Nora Elena kan? Tapi saya tak mampu, 12 kuntum pun ok dah kan?"

"12 pun dah buat saya senyum tak berhenti ni haaa!"

Ops! Ini dikira propose ke ni? Hahahaha.





Marry me? :) 
Yes, I DO! ;)

10 comments:

Cik Sara said...

phewwitt...
Cheq dah rasa cam tak lama lagi buleh makan nasi minyak Pn.Hazirah Barakbah..=)

Happy Always Che Pah~

mr and mrs sapic said...

kenape la apek x seromantik ini dulu....oh tidak....

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

wahhhhhhh ini kes jeles ni! hahaha
alamak terus propose!wiwitttt :)

Hazirah Barakbah said...

Sara :

Thanx sayang. Doakan aku murah rezeki naa

Hazirah Barakbah said...

Yanz :

Maybe apek romantik cara lain. dia dah bagi anak kat kau hoi! hehehe

Hazirah Barakbah said...

SyAfaWaNi ♥‿♥ :

hahahaha. dah lama dia nk buat tapi tak tahu caraa

s.y.a.r.q said...

wahh...syarq bace pon sambil tersenyum2 untuk awak ni :)
Tak pernah jugak dapat bunga dr org tersayang, Klu dpt mesti terus cair :D

koko cokelat said...

wahhhhh sweeetttt.....teheeee

saadah saadun said...

ya allah sweet gila. aku baca n tgk gamba je pong dah sengih seko2

Orkedanza said...

hehehe...suweeettt *bc sambil sengeh2 sorang2*