Sunday, March 27, 2011

Waalaikumsalam :')

Tak pepasal lepas je baca status adik aku ni, air mata bergenang lalu mengalir laju menyusuri pipi gebu aku ni. Rindu Arwah Dadi (nenek belah ayah). Dah 3 tahun. Tapi semua kenangan macam adik aku cakap di atas ni masih terkenang. Kadang-kadang dekat rumah kalau tiba-tiba pintu tertutup, kami mesti cakap Dadi datang melawat hehe :') Arwah yang jaga kami bertiga dari kami dalam perut Umi sampai lah besar panjang :') Rindu Arwah sangat-sangat.

Al-Fatihah.


1 comment:

Nurulizzah Hidayah binti Musa said...

al-fatihah juga dari saya...amin