Monday, March 21, 2011

Super Junior Super Show 3 Concert

Super Junior Super Show 3 Concert Malaysia sudah berlalu. Siapa Super Junior? Ini dia Super Junior. 13 orang jejaka Korea yang tampan dan kacak dan bergaya. Ramai sangat ahlinya, sampai aku ambil masa berbulan-bulan nak ingat nama. Kalau yang handsome betul-betul cepat je la aku ingat.

Source : Google
Antara 13 orang tu, yang aku kenal Dong Hae, Siwon, Kyuhyun, Leetuk, Ryewok, Eunhyuk, Heechul, Shindong! Haaaaa sebab Shindong lah aku dapat g concert SS3 tau! Sebab aku ada affair dengan Shindong. *blerrrrghhh*

Tahap perasan and aku bukannya suka Shindong sebab Shindong yang paling gems dalam Super Junior. Hahahaha. Apa yang penting, aku pergi concert tu sebab dapat TIKET FREE!!! FREE hokay! Sila lah percaya. Semua sebab Shindong. Dia tergila-gilakan aku. *panggggggg!*

RM0.00
RM0.00!!!!! FREE!! Siapa bagi? FLY FM yang bagi. Macam mana boleh bagi? Sebab aku dengan sangat bersemangatnya setiap hari tunggu Que to call untuk menang tiket Super Junior Super Show 3!!! Semangat sangat kan? Bertambah semangat aku, lepas salah seorang dari kawan aku dapat tembus talian HOT FM dan menang DUA (2) tiket SUJU SS3!! Selama 5 hari gigih aku dan rakan-rakan tunggu que tu, keluar je "CALL SEKARANG!!" nahh kau 10 handphone asyik call HOT FM / FLY FM! Tiap hari, 4 kali dua-dua stesen tu akan bagi tiket, tapi malanganya sampai hari Jumaat petang tu aku masih tak dapat.

Last chance aku adalah very the lassttttt chance. Que to call pada jam 1145pm! Radio Fly FM! Soalan jangan cakap lah kan, memang aku tak tahu. Soalannya : What is Shindong's love code? Nah hambek. Macam lah Shindong tu bagi pada aku kan love code tu. Kalau bagi kat aku memang dari a-z aku akan hafal. Call kipas-panas SUJU (Pura and Nad), diorang suruh aku search dekat twitter. Bapak lah mana nak sempat. So aku Google!!!! Google memang terbaik! Aku dapat jawapan. And aku try je call call and call. Kali keberapa ntah tetiba ringging! RINGGING babe! tapi lama lah nak tunggu diorang angkat. Sekali kan dengar suara DJ. I don't know who, apa yang penting someone had answered my call!!!! 

Jawapan kepada soalan yang ditujukan adalah B2B8,B4B9,B3A8. dengan confident aku jawab, hoyess and aku dapat tiketttttt!!! Lalalala. Tungu je bila masa nak keluar suaa aku. Sekali suara and nama orang lain, tapi dia jawab salah, kali kedua pun nama orang lain, malangnya dia jawab salah. Then aku! Jawab betul. YES YES YES!

So yeah! Esok pagi tu aku naik bus ke KL. Jumpa kawan-kawan lain dekat Bukit Jalil. 5 of us were so excited! And yes there were so many people there! Not only Malaysian, but also Indonesian, Brunei and Thailand people. Orang putih pun ada tau! Jangan main2!

Yana, Nad, Pura, Pipah

Pehal pakai baju hujan? mesti lah sebab hujan! :D
Yaa 13 of them and aku halang muka Siwon sebabnya Yana haramkan aku ada gambar Siwon. demm lah! Aku tak rampas punyaa jangan risau. Hahaha.

Tiket FREE and Pipah adalah orang yang aku ajak teman. Cewah!

Yana, Nad, Hazirah, Pura showing Baby Kyu's sign. Pura punya tuuu, jangan kacau.
So yeahhh, selesai jalan-jalan dekat luar, at 5pm, we all siap sedia nak masuk Stadium Putra Bukit Jalil. Yana masuk dulu, dia hebat, tiket Rockpit, kami yang dapat tiket free ni Balcony (B) harga RM376. mana nak cekau kalau nak beli? Takkan mungkin aku g lah, aku bukan kaya sangat nak beli benda yang tak penting. Tapi disebabkan FREE, memang teruja habis lahhhh.

Source : Google
Stage view from my seat
Blue Sapphire : Super Junior Official Color
Donghae, Kekasih gelap saya no 2. No 1 adalah TOP. Buahahaha!! ;)

Ini adalah Siwon, Kekasih gelap no 3
Siwon jugak, kekasih gelap no 3. *mati aku kena lanyak dengan Yana!*
Hahhh, panjang bebenar entry kali ini. Ok Tamat sudah. Esok-esok masukkan video pulak lah. ok. Bye! Assalamualaikum. :)



2 comments:

cik aiLebiu said...

huihh mahal tu tiket dia..bertuah la dpt free..suju tu...huhu...i kenal siwon je lain xhafal nama hehe...

taiptenang said...

aww so jeles! lucky u dpt g SS3 free, sy try call tp xdpt2 isk isk