Sunday, December 12, 2010

Due Date, Secret Recipe, The Social Network & Rawa Steamboat

Assalamualaikum & Hai para pembaca blog ini. Aku kangennnn sama kau orang. Kau orang rindu sama aku ngak?
Aku tahu korang rindu aku, Nahh tatap tatap! Hahahaha :D
Last week, tiba-tiba je Izhar datang Skudai. Tak plan langsung nak dating bagai. Petang Jumaat tu dia call and tanya aku free ke tak, dia cakap nak datang Skudai. Dah sebulan tak jumpa, sah-sah laa aku jawab aku freeeeee!! Tapi memang free pun lah, final exam pun dah habis masa tu. Tunggu nak jumpa supervisor, setelkan apa yang patut untuk FYP saja.

Jadinya, Sabtu lepas aku berdatingan lah akhirnyaaaa. Selalu tengok je orang dating tiap minggu, sedih je kekasih hati jauh nun di Kuantan. Tabah je hati ni tau!

So kami ke Aeon Tebrau, tengok wayang cerita Due Date. Kelakar cerita tu. Tapi pelakon tak berapa nak famous, so macam biasa-biasa ajelah. Lepas setel wayang terus makan. Lapar terketaq-ketaq dah. Aku teringin nak makan tomyam dekat Secret Recipe.

Melantak Tomyam Kung. PEDASSSS !!!!

Try test guna Pudding Camera
Lepas lunch, tak tahu nak buat apa, terus pergi ke TGV semula. Malas nak jalan sebenarnya. So tengok wayang adalah yang terbaik. So we decide to watch The Social Network. Aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ni. Bagi aku sangat best. Cerita pasal Mark Zurkerberg, pengasas Facebook. Macam mana dia dapat idea nak create Facebook sampai lah cerita dia kena saman dengan kawan dan senior-senior dia. Yang tak berapa nak best pasal cerita ni adalah, diorang cakap lajuuuuuuuuuu gilosss. Memang kena betul-betul pay attention to the subtitles. Dari bersandar elok-elok, terus aku tegakkan badan. Izhar? Dia boleh terlelap masa tengok cerita ni. Biar aje dia, sebab awal-awal lagi dia dah beli dvd cerita ni. So aku jelah nganga sorang-sorang.


Dinner kitorang untuk malam Sabtu adalah steamboat. Tempat pilihan, Rawa Steamboat lah kan, mana lagi. Syorgaaaa lahh weh makan kat Rawa Steamboat tu. 

Masak-masak

Masak-masak-masak

Ayam bakar, Udang bakar, Kerang bakar, Steamboat

Dah selesai. Gembira bersama pinggan mangkuk bertingkat-tingkat.
Aku makan lagi banyak dari Izhar. Kulit udang bertimbun atas pinggan. Favourite aku udang & kerang aje. Yang lain-lain kureng. Tapi makan tetap lah makan babe. Kau tak makan kau yang rugi. RM18 melantak lah sampai sengkakkkkk-buncit perut tu. Rawa Steamboat, I LOVE YOU SO MUCH! *ahh over*

Aiskrim Potong Perisa Cendol. Yummayhh! ;P
Nasib baik aku ni baik weh. Kalau lah aku tayang gambar makanan yang cukup berselera tu, ada yang meroyan nak pergi time ni jugak. Hehe. Well, pada mulanya ingat tak syok melantak steamboat secara berduaan je, rupanya boleh tahan jugaklah. Macam lagi dasyat je aku rasa. Yang penting, kau kena kuat makan, baru lah havoc babe. Kalau makan ala kadar je, memang rugi RM18 okehh! Baik duduk diam-diam dekat rumah. Hehe ;)

Sampai disini sahaja kisah hari Sabtu 4 December 2010. 

.Salam.
.Bye.

2 comments:

fiqkbe said...

sedap kn tomyum kung =)

Han Hanni said...

pehh,, sedap dan berselera dia mkn..
terliur.. !!