Sunday, September 19, 2010

Kisah Raya Kedua - Izhar & Family di Aloq Setaq ♥

Salam. Hai.

Aku dah selamat sampai Skudai. Dah baca kisah ini, ini dan ini? Post ini adalah sambungan dari part sebelum ni :)

Kisah yang ini, buat aku cuak sangat. Terus aku msg Izhar sebab terlampau cuak.

Awak, Toksu datang bawak semuaaaaa family dia. Penuh rumah saya ni cuk. Dua-dua hall penuh!
B, tukar baju. pakai compang-camping. Jangan lawa-lawa sangat.

Ada ke suruh aku pakai compang-camping? Kena lahh melawa jugak. Nama pun pagi raya beb!

Nak dijadikan cerita, eceyh padahal memang dah tahu pun seminggu sebelum raya yang family Izhar nak datang beraya kat rumah aku. Cuak jugak masa nak bagi tahu Umi yang family Izhar nak datang raya kedua. Dari nak buat lontong, terus tak jadi. Call catering untuk tempah nasi beriyani. Kena marah jugak lah dengan Umi sebab lambat bagi tahu orang jauh nak datang beraya. Hehe, takut nak cakap awal-awal sebenarnya! Dok pikir ayat apa nak mulakan dulu. First time kottt family kitorang nak bersua-muka!

His family tengah menjamu selera :)
Tiap tahun, kalau raya kedua memang Villa 2000 akan penuhhhhh dengan tetamu. Memang raya kedua adalah rumah terbuka. Makanya, tak sempat nak melayan tetamu penting ni sangat. Jadi kelam kabut. Sedih jugak laa. Diorang datang jauh-jauh tapi kitorang tak layan betul-betul. :|

Lepas dah beraya kat rumah aku, so aku pun bawak diorang ke hotel. Tup-tup Izhar dapat follow aku berjalan-jalan. Wahh happy lah aku ni. Bawak dia beraya rumah kawan-kawan sekolah. Rumah Zalia, Sharina & Fariza.
At Zalia's house
Malam pulak, aku makan dengan family Izhar. Agak berdebar, tapi bila Mak Izhar, Angah & Along sangat peramah, buat aku pun rasa lega and dapat sesuaikan diri dengan diorang. Syukur lah. Muka cool tapi jantung dupdap3 tadak dahhh! Hehe.

After dinner, lepak dengan Izhar pulak dekat Old Town. Siap ajak Alan lepak sama-sama. Alan ni kawan aku, baik dengan Izhar. Tapi dalam Facebook jela. Tak pernah jumpa. So aku buat lah jejak kasih untuk diorang ni. Borak semua sampai lah pukul 1 pagi. Duhh. Tak pernah-pernah dapat lepak sampai pagi buta camtu kat Aloq Setaq. Dapat jugak lah spend time after 4months tak bersua-muka dengan Izhar. Lepas jugak lah rindu. Kejap pun jadi lah, janji jumpa :)

Ohh, tujuan diorang datang bukanlah untuk merisik, tetap tarikh ke ape ke. Ini semua untuk nak kenal sesama family je. Tak lebih dari itu. Aku masih bergelar mahasiswi. Jauhhhh lagi perjalanan aku.

At Old Town Kanchut, Alor Setar
Selesai segala cerita tergempar. Lepas ni tak tahu bila pulak nak jumpa Izhar and his family. Looking forward to meet them again. :)

Ok tamat.
Adiosa

2 comments:

fiq said...

hee...tamat pun drama bersiri ni =) tahniah sbb ak dh tau next step nyer apa. hehe...

♥farra♥ said...

semoga berbahgia.. =)