Friday, August 27, 2010

Restoran Anjung Warisan (Treetop Restaurant)

Salam. Hai.

Bulan-bulan puasa ni nafsu makan membuak-buak sikit. So semalam aku dan 8 lagi rakan pergi ke Restoran Anjung Warisan. Mana letaknya restoran ini? Tengok gambar dulu, bawah nanti aku cerita.
PUAN SYARIFAH?? OMG!!

Paru goreng, Asam pedas ikan pari, Rendang daging, Ayam masak merah
Ini baru suku. Ada ikan bakar, cencalok, sambal belacan, masak lemak ketam, salad, bubur kacang merah, coktail, nasi goreng, sayur baby kailan, karipap, tembikai, honeydew, buah belimbing. RM20, berbaloi kan? :)
Jihan, Iela, Najwa, Mirul, Ain & Yana
Sorry Chaoi & Fareez, aku tak snap pic korang! Aku leka sangat makan masa tu.
Aminnnn! :)
Seorang RM20, makan ala-buffet, duduk bersimpuh ala-ala gadis melayu, tempat makan atas pokok, ada persembahan angklung, surau disediakan, makanan memang best!

Jadi aku dengan berbesar hatinya nak promote Restoran Anjung Warisan ni. Macam mana nak pergi? Boleh klik sini and tengok map.

Meh cerita sikit macam mana nak pergi sana. Ada 2 option :

Ikut Danga Bay, belok kiri dekat traffic lite sebelah Dataran Bandaraya & Hospital Sultanah Aminah, terus sikit nampak Hotel Tristle, belok kiri masuk ke Jalan Abdul Samad, terusssss je (jalan memang bengkang-bengkok & rumah besar-besar malatopp habess) sampai jumpa simpang ke kanan, masuk ke Jalan Petri, terus sikit lagi, Restoran Anjung Warisan sebelah kanan anda. :)


Keluar exit Larkin, ikut signboard RTM & Hutan Bandar, sebelum sampai Hutan Bandar akan jumpa Jabatan Kimia sebelah kanan, masuk simpang kanan tu, jalan terussssss (bengkak-bengkok jugak jalan ni) sampai jumpa simpang tiga. Masuk ke kiri menghala ke Jalan Petri. terus sikit lagi, Restoran Anjung Warisan sebelah kanan anda.

Wahh, hehe. Hope paham lah yer. Dekat-dekat situ pun ada satu lagi restoran orang cakap best. Restoran Sup Tulang. Insyaallah nanti pergi situ pulak.

Till then, have a great weekends you all! :)

Love and hugs,
Hazirah




8 comments:

fiq said...

bila pegi ni? x ajak ak pn. kecik ati =(

CikLilyPutih said...

not bad gak makan kat sini. dulu masa ada toi (AF) selalu gak dia main angklong kat sini

CikLilyPutih said...

not bad gak makan kat sini. dulu masa ada toi (AF) selalu gak dia main angklong kat sini

feeqa said...

ni yg nak try nie!! cam best je kan..mmg ngh cari tempat mkn yang best2..rm20 berbaloi

Hazirah Barakbah said...

fiq ; aku p semalam. ajak? sorry lah. aku takot satg ang marah sebab mahai. :)

CikLilyPutih : ohh yeke. smlm budak keja kat situ yg main. lagu bad romance gituu

feeqa ; haa, pergi sebelum habes puasa. makan kenyang2, sampai rumah terlentang tido dlm kekenyangan

hanaKir@ said...

hee..cm buffet ea..menariknyrr

Hazirah Barakbah said...

hanaKir@ : menarik jika sudah mencuba :)

nabil_potter said...

peeh,
mkn tak ajak..huh