Monday, May 31, 2010

Misi Keamanan LL4G : 16 orang disahkan mati, 12 wakil Malaysia masih di atas kapal Mavi Marmara

Salam.

Sedikit petikan dari Haluan Palestin.

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.



 Keadaan di atas kapal semasa serangan. Ya Allah! Menakutkan.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Aqsa As Sharif  dan Muslim Care. Manakala 2 orang lagi adalah wartawan dari Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.


Allahuakbar. Subhanallah. Terkejut aku dengar berita pasal ni tadi. Kapal yang diserang adalah kapal Mavi Marmara dimana membawa segala bentuk bantuan seperti makanan, perubatan yang diperoleh daripada badan LIFELINE4GAZA (LL4G).

Yang aku kurang paham, macam mana boleh Israel kata pihak mereka diserang dahulu dan oleh sebab itulah mereka menyerang semula kapal Mavi Marmara? Nama misi pun adalah Misi Keamanan. Agaknya Israel Yahudi memang tidak ada hati dan perasaan. Tidak paham apa itu kemanusiaan, keprihatinan. Wallhualam.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka.  Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat  keredhaan dari Allah swt.

3 comments:

nAzmiN said...

dlam kapal yg kene serang uhh ade 2 org wrtawan malaysia ennn...harap dorg slamat

Syima Syaz said...

harap2 mereka selamat....
mmg marah btl ni....!

SYAFIQAHSALEH said...

keep praying guys...sngt sday :(