Wednesday, July 1, 2009

#98 Bekas Pelajar UTM Mati Semasa Melahirkan Anak Dalam Hostel

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibatpendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi,bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihatsekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan,berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Diadisahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan adaunsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapayang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

........................................................................................................

aku baru tahu cita ni baca dr blog Rina Salleh..hui aku tekojut..
mintak bukan kolej 9..merisokan aku jer gini..
bkn riso ape tp takut weh..
2hari tuh mayat dok dlm bilik..
bkn sorg tp 2org meninggal..
hai lahh..nape la jd ginih..


ok fine.
aku bru dpt info.
kolej 9 ua2.
kolej aku blok aku.

umi kakak takmau balek takotttttt!!!!!

23 comments:

Anonymous said...

td aku ada bc benda ni..ingt nk roger ang tp besa la bz kan..zi aku cdg b4 blk p cari ayaq tuk semboq bilik..

izharyahya said...

hui!!!berhantu siot!!bek tanye2 ajk mhs blek mane kejadian berlaku

Hazirah Barakbah said...

bilik tgkt bwh la..tym cuti bilik atas takleh duduk..aku dok tgkt 3 nnt..

depa habaq bdk2 baru banyak kali histeria..wee~

izharyahya said...

ramai yg kne histeria ke?
hehehe..best nye cite ni!!
kompem angker gle ah!!
bilik awk dulu bwh skali laa kan?
hehehehehehehhehe...hahahahahahhahaha

Hazirah Barakbah said...

mnurut kata org yg sudah sy temuramah..katanya bilik kejadian adalah berdekatan dgn pejabat,tgkat bawah..

persoalan-nya..dulu bilik aku disitu..adakah bilik aku dulu yg menjadi mangsa????????

kita tungguuuuu~ hihi

Abdullah Ghani said...

jangan percaya hantu2 neh...
dia kalo nak datang,tak kira org dah meninggal ke tak...

pah syerah said...

ish3 takottt tatau la ang zizi!

Anonymous said...

apapon aku takot..xjd nk p lwt ang(mcm org ajak ja..)

pah syerah said...

lek ar roni jom kita p lwt zizi (pdhal takotttttttt!)*kuang3*

Hazirah Barakbah said...

paklah ghani : huu tp takot doh!

syerah nini : saja hampa drama lebih!
takpa bkn bilik aku tp ada mangkok hayun bole msg kata ponti berlegaq2 ngokkkk!!!!!!!!!

Anonymous said...

gila seram..seb bek la aku xdok stu..idak aku xtau laa..benti ngaji pa..hazy..ang berani kan??

Hazirah Barakbah said...

rona roni makaroni : aku berani no hal la beb~

izharyahya said...

ok..berita paling latest..
bilik kejadian adalah bilik awk yg lama

Hazirah Barakbah said...

no nehi! bilik sy 1061 kejadian 1048 laa..jgn ah men2 oh takut! hehehe

izharyahya said...

adee salah kasi no bilik tadi..so cne?
menda dah jadi..awk kne trime

Hazirah Barakbah said...

takpe ni smua dh ketentuan ilahi..hukhukhuk..

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

bio betul...kalo gwe, gwe berenti skola je kekekek

Hazirah Barakbah said...

si pekik si pekak : takkan nk stop kot..pelajaran harus diteruskan demi utm sanjungan bangsaku! hehehe

Anonymous said...

nk ajak dok umah aku pon..dah penoh la darling..

Hazirah Barakbah said...

dan dan penuh dh la ni..huh! majok!

pah syerah said...

oih xkan smpai nak benti ngaji roni! jgn begitu zizi!

Hazirah Barakbah said...

hehetak mungkin2! aku dok pulun nk 1st class dgree so nk sambung phd truih! doakan aku!!!!

pah syerah said...

yaya aminnnnnnnnn!